~Jamu bersalin~



Woahaaaa!! dah dapat jamu untuk dalam pantang nnti~~
Lega rasanyer bile da dpt jamu tu,utk set jamu aku pilih Nona Roguy~~
sebabnyer my sis b4 ni smua pkai NR,,so mak pun sruh aku pkai NR~~
tapi ramai org kata NR skrg ni da xberapa elok!!
btul ke ek??? just ignore je la ~ yang penting aku sihat time
dalam pantang nnti~
dan paling2 penting sekali aku kelihatan slim melim bila habis pantang..hahahaaaa Aku akn cuba usaha untuk capai target aku~mmg time pregnant ni bdan aku naik mendadak mcm kuih apam jer!!

Untuk NR aku x amik set bersalin~aku amik seperate,,
sbb my sis ckp dlm set bersalin tu
ade bnda yg kta xpakai sgt n dpt pun yg kcik2..so better beli seperate leh amik yg besar2 punyer!!hehehee
Banyak jgk barang da settle,,ade sikit2 lg belum mcm kelambu baby,beg barang
simple dimple,baby cot~kelambu aku da usha kat Jusco,,ade yg berkenan
so nnti bile pegi jusco trus beli jer..beg pun sama~~

~~Buang masa di Piramid~~

Huhuhuu..Mlm tadi gi piramid wit mawe n mas~~
dorg kena temankan aku cari sandle..

sian dorg msti penat!!!hahaha!!!
xkira..xkira kna ikut jgk aku cari smpai dapat!!

hehehee thanks ye korg~~puas gak la round 1 piramid tu...
dan akhirnyer ku temui juga sandle itu~~(agk skema punyer ayat).hihihihii


mentang2 la en.abi keje mlm minggu ni~~
so aku amk kesempatan la yer berjalan..

muahahaaa..tp semestinyer da minta
kebenaran la nk kuar umah~~

jadilah isteri yg mithali~~huhuuhuu..

Sandle yg aku beli ni tersgt simple dimple~~
huhu klau ikutkn xpyh beli pun xper

sebab lagi 2,3 minggu jer~~
tp xsanggup aku nk pkai kasut yg ade tu,,sakit kaki woo

kaki aku bertambah tembam,,kembang mambang~~
so kena beli jgk~~~
Aku puas hati ngn sandle ni
sebabnyer selesa dibawa ke mana jua ku berada wakakaa~~

eh btul ar mmg selesa..harap2 xmelecet ler kakiku ini~~~


~~36minggu berlalu~~

Perkembangan fetus - hamil 36 minggu





Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna kami.


Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

~~~Agak Bosan~~~

Hari ni da 4/4/2011 huhu lagi beberapa minggu jer baby dlm perutku
akan lahir ke dunia~~xsabar mama tunggu anak mama ni~~
sabtu/ahad lepas xkuar ke mane pun~sabtu melepakkan diri kat umah jer~
Ahad mkn kenduri kawin umah farazila~~blk tu survey lg baby cot ngn en.abi~~
tp xjumpa pun...yg tmpt aku ckp berkenan tu,da pegi hr sabtu petang~~sayangnyer xde rezeki utk my baby~~stok da habis~~kecewa woooo~~

Sabtu /ahad aku byk habiskan masa mengemas barang2 baby~~
habis da smua barang
baby aku letak kat umah mak~~
da siap lipat smua msuk dalam laci~~
tp semua barang tu aku letak kat bilik atas dlu..klau x nnti hbis dikerjakan oleh en.Rayyan,en.Apan dan pn.Rania~~hehehe suka sgtla dorg mengemas tu nnti~~OH tidak!!hihihihi...

Kakiku yg lenguh~~

Erm...malam tadi kakiku ini sakit sgt2~~sebelah kiri~~
rs macam lenguh yg teramat sgt~~

smpai nangis la aku menahan...syukur alhamdulillah en.abi cukup memahami~~
dia tlg urutkan kaki sebelah kiri ni ngn minyak tiger balm~~rs lega sungguh~~
klau x,,mmg xleh nk tahan..rsnyer sbb smlm kat opis aku byk turun naik tangga~~
tu yang jd lenguh~~~~

Sekarang ni pun kaki aku da mula membengkak,,kata mak xlama lg ni klau kaki
da bengkak~~eee rs takut pun ade ni~~skrg pun da masuk bulan april~~
aku menunggu hari untuk melahirkan ank dalam perut ni~~
Aku berdoa agar dipermudahkan segalanyer~~~